PETALING JAYA – Grab Malaysia pada tahun ini mengekalkan tradisinya dalam memperkukuh hubungan bersama komuniti yang disantuni melalui beberapa inisiatif berteraskan nilai sabar dan syukur.
Menerusi inisiatif #GrabBersamaMalaysia, kakitangan Grab, rakan pemandu dan penghantar, rakan peniaga serta anggota komuniti berganding bahu untuk memulihkan ruang komuniti, berkongsi juadah dan menyokong keluarga di seluruh negara.
Pengarah Operasi Negara dan Mobiliti, Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata, pada tahun ini pihaknya turut bersama GXBank dan Jaya Grocer, berganding tenaga dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk memberikan nafas baharu kepada Surau Nur Ramadhan, Kampung Paya Seberang di Hulu Langat, Selangor.
“Surau tersebut semakin usang, maka dengan semangat gotong-royong, kakitangan Grab, GXBank dan Jaya Grocer berganding bahu bersama rakan pemandu dan penghantar serta penduduk kampung mengecat semula, membaiki dan memperindah ruang tersebut agar ia kekal selesa digunakan oleh komuniti sepanjang Ramadan dan seterusnya.
Warga Grab serta rakan pemandu dan rakan penghantar bergotong-royong mengecat dan memperbaharui Surau Nur Ramadhan di Kampung Paya Seberang, Hulu Langat.“Melihat rakan pemandu, rakan penghantar, kakitangan dan penduduk kampung bekerjasama memulihkan surau ini ketika mereka berpuasa benar-benar mencerminkan semangat #GrabBersamaMalaysia, iaitu sebuah komuniti yang saling menjaga antara satu sama lain,” katanya.
Rashid berkata, pemulihan surau itu adalah sebahagian daripada usaha lebih menyeluruh yang sedang dijalankan di 16 lokasi di seluruh negara.
“Sempena Ramadan ini, bersama rakan pemandu dan rakan penghantar, Grab menyediakan dan mengagihkan hampir 10,000 paket bubur lambuk, membawa tradisi berkongsi juadah panas ketika iftar kepada komuniti dari Kota Bharu hingga ke Sandakan.
Rakan pemandu dan rakan penghantar Grab mengagihkan bubur lambuk kepada komuniti setempat sebagai sebahagian daripada inisiatif Ramadan #GrabBersamaMalaysia“Menyedari bahawa kekuatan rakan pemandu itu datangnya daripada keluarga mereka di rumah, Grab juga menganjurkan majlis iftar istimewa untuk rakan pemandu dan rakan penghantar beserta keluarga mereka di Lembah Klang,” katanya.
Katanya, sebagai sebahagian daripada inisiatif dan juga dengan kerjasama LZS, kanak-kanak turut diberikan duit raya manakala keluarga diberikan barangan harian daripada Jaya Grocer.
“Langkah ini diadakan untuk mengiktiraf pengorbanan oleh keluarga yang menyokong ekonomi digital Malaysia setiap hari,” katanya.
Pengarah Urusan, Grab Malaysia, Adelene Foo bersama rakan pemandu dan rakan penghantar Grab serta ahli keluarga mereka semasa majlis iftar khas di Lembah Klang.Dalam pada itu katanya, semangat kesabaran dan kebaikan sepanjang Ramadan turut dizahirkan dalam filem jenama terbaharu Grab Malaysia berjudul “Sabar’s on the Way”.
“Diilhamkan daripada interaksi sebenar yang tular antara seorang rakan penghantar bernama Sabar dan seorang pelanggan, muzikal komedi ini mengolah semula lagu klasik “Tunggu Sekejap” yang dipopularkan oleh P. Ramlee.
“Kisah ini mengikuti perjalanan Sabar yang berdepan pelbagai cabaran tidak dijangka dalam usaha menyempurnakan satu penghantaran, satu peringatan ringan bahawa sedikit kesabaran dan kebaikan mampu membawa makna yang besar,” katanya.
Katanya, di sebalik unsur hiburan, filem ini turut mencerminkan usaha dan dedikasi di sebalik setiap pesanan, dengan meraikan komitmen rakan pemandu dan rakan penghantar Grab, sambil mengukuhkan kedudukan Grab sebagai aplikasi harian yang boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia untuk mendapatkan makanan, barangan runcit dan keperluan harian.
semangat kesabaran dan kebaikan sepanjang Ramadan turut dizahirkan dalam filem jenama terbaharu Grab Malaysia berjudul “Sabar’s on the Way”.“Filem jenama ini kini boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Grab Malaysia.
“Misi kami sentiasa untuk berkembang bersama Malaysia, sama ada memulihkan ruang komuniti atau menyokong rakan-rakan kami beserta keluarga mereka, semua usaha ini mencerminkan kepercayaan kami bahawa kemajuan harus memberi manfaat kepada komuniti yang kami santuni,” katanya.
Katanya, melalui inisiatif seperti #GrabBersamaMalaysia, Grab Malaysia terus bekerjasama dengan rakan-rakan serta komuniti untuk memperkukuh hubungan dan menyebarkan semangat Ramadan ke seluruh negara. – KOSMO! ONLINE
Saksikan video “Sabar’s on the Way” di sini:
Instagram:
TikTok:
@grabmy Sepanjang Ramadan 2026, kami percaya segalanya bermula dengan kesabaran, hadir dalam setiap langkah yang kita lalui bersama. 💚 Dari set penggambaran short film Ramadan yang penuh emosi, gelak tawa bersama Inspektor Sani & Abang Sabar, sampailah ke program gotong-royong dan agihan bubur lambuk di seluruh Malaysia. Paling bermakna, dapat berbuka puasa dan berkumpul dengan komuniti Rakan Grab bersama keluarga. ✨ Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Selamat Hari Aidilfitri! 🌙 #GrabBersamaMalaysia #GrabRamadanRaya ♬ original sound – GrabMY
3 hours ago
2


![[VIDEO] Hilal tidak cukup syarat, Raya Sabtu – Ustaz Abdul Samad](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/Abdul-Somad.jpeg)



![[VIDEO] Orang UK serbu air jagung Malaysia, siap bungkus bawa balik](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-18-at-17.09.05.jpeg)










































