Dulu dibuang saja, kini daun kenaf dibuat teh hasil inovasi UMK

2 weeks ago 17
  • Oleh TOREK SULONG
  • 25 Februari 2025, 12:30 pm
DR. MARYANA menunjukkan rupa daun kenaf dan inovasi minuman teh yang dihasilkan. Sebelum ini, biasanya, batang kenaf diambil dan diproses untuk dijadikan fiber dalam industri tekstil, perabot dan lain-lain, namun daunnya terbuang begitu sahaja.

POKOK kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus cannabinus adalah sejenis tanaman jangka pendek yang berserat, namun bukan berkayu. Kenaf boleh menghasilkan tali, benang, kain guni dan kegunaan komersial sama ada pembuatan produk kertas, bahan binaan, automotif serta makanan haiwan. Terbaharu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Jeli berjaya menghasilkan produk minuman iaitu teh hasil penyelidikan dan inovasi yang dijalankan. Pengarah Institut Penyelidikan Jaminan Makanan dan Pertanian Lestari (IFFSA), Ts. Dr. Maryana Mohammad Nor berkata, inovasi dan reka cipta baharu itu didaftarkan sebagai…

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

Read Entire Article
Pertanian | | | |