PETALING JAYA – Tiga ekor gajah dari Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat didakwa telah dihantar ke Jepun, sekali gus mencetuskan gelombang reaksi sedih dalam kalangan pengguna media sosial.
Dakwaan itu tular selepas beberapa perkongsian di Threads, TikTok dan petisyen dalam talian menyebut ketiga-tiga haiwan berkenaan dibawa ke Tennoji Zoo di Osaka, semalam.
Menerusi hantaran tular, Dara, Amoi dan Kelat dipercayai berada di bawah jagaan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang sebelum dipindahkan.
Menurut pengguna @Zetiakhtar_ di aplikasi TikTok, gajah-gajah itu sudah bergerak dari Kuala Gandah sehari lebih awal sebelum ‘berlepas’ ke Jepun pada hari berikutnya.
Dalam ruangan komen, dia turut mendakwa pemindahan tersebut dibuat susulan ‘perjanjian dua negara’ melibatkan pertukaran hidupan liar dan menyatakan ketiga-tiga gajah itu akan menetap selama-lamanya di Jepun.
“Selamat jalan Dara, Amoi, Kelat jaga diri. Jangan lupa kami di sini sentiasa berdoa kalian bukan selamanya di sana. Insya Allah suatu masa Allah akan kabulkan doa kami yang Dara dan kawan-kawan akan pulang kembali ke tanah kelahiran.
Selain itu, beberapa video lain turut memaparkan Mahut memandikan tiga gajah berkenaan di Kuala Gandah sebelum berpisah buat selama-lamanya.
Tinjauan di Facebook Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mendapati ruangan komen dihujani pertanyaan dan persoalan orang ramai tentang keberangkatan tiga gajah tersebut ke Jepun.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada kenyataan atau penjelasan rasmi daripada pihak Perhilitan mengenai isu ini.
Di platform media sosial mendapati ramai netizen menzahirkan rasa pilu, malah ada yang berharap ketiga-tiga gajah itu suatu hari nanti dapat kembali ke tanah kelahiran mereka.
Tidak kurang juga yang mempersoalkan aspek keselamatan, kebajikan dan kesesuaian haiwan berkenaan menyesuaikan diri dengan cuaca serta persekitaran baharu di Jepun.
“Dekat sana tu zoo konkrit, macam mana lah mereka nanti. Nak stres pun tak boleh beritahu macam mana,” komen Acis.
“Takkan selama-lamanya di sana? Elok-elok bermain di Kuala Gandah dah kena pindah ke negara orang. Kalau pinjam untuk pameran tak apa juga,” komen Seth. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
2














![[VIDEO] Siapa ‘kait’ seluar dalam orang di Jempol?](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-10-at-9.27.15-PM.jpeg)


































