Bomba tanggalkan besi mentol tersekat pada alat sulit

1 month ago 23
Anggota bomba menjalankan operasi memotong besi mentol yang tersangkut pada kemaluan seorang lelaki di HPUSM, Kubang Kerian dekat Kota Bharu, hari ini. - Foto IHSAN BOMBA
  • Oleh ROHANA MOHD. NAWI
  • 24 Julai 2025, 11:17 pm

KOTA BHARU – Pihak Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) terpaksa meminta bantuan bomba selepas besi mentol yang dipakai seorang lelaki pada kemaluannya sejak tiga hari lalu tersangkut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Ghaffar Surol berkata, lelaki yang berusia 30 tahun itu dibawa oleh rakannya ke HPUSM selepas mengadu sakit apabila kemaluannya membengkak.

Menurutnya, Jabatan Kecemasan HPUSM kemudian menghubungi pihak bomba kira-kira pukul 7.01 malam untuk membantu operasi membuang besi tersebut.

“Anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk memotong besi mentol yang tersekat pada kemaluan lelaki terbabit yang membengkak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ghaffar memberitahu , lelaki terbabit datang ke HPUSM untuk mendapatkan bantuan selepas tidak tahan dengan kesakitan yang dialaminya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |