PETALING JAYA – Keadaan trafik di sekitar IOI City Mall Putrajaya menuju ke arah ibu kota dilaporkan sesak teruk malam tadi sehingga mencetuskan pelbagai reaksi pengguna jalan raya di media sosial.
Kesesakan tersebut dipercayai berpunca daripada orang ramai yang mengambil peluang membeli persiapan Hari Raya Aidilfitri di pusat beli-belah berkenaan pada cuti hujung minggu sekali gus menyebabkan laluan keluar dan masuk kawasan itu menjadi perlahan sejak sekitar pukul 10 malam.
Menerusi beberapa perkongsian di media sosial, ramai pengguna memuat naik gambar serta video memaparkan deretan kenderaan yang hampir tidak bergerak, malah ada yang berseloroh bertanya sama ada terdapat pemandu yang terpaksa bersahur di dalam kereta.
“Ada yang sahur dalam kereta ka? Lain macam sesak irang balik shopping (membeli belah) raya,” kata Kitty.
Seorang pengguna memaklumkan dia sudah cuba keluar dari pusat beli-belah tersebut sejak pukul 10 malam, namun kesesakan di kawasan parkir menyebabkan kenderaan bergerak terlalu perlahan.
“Pukul 10 malam dah start (mula) keluar dari mall (pusat beli belah) tapi jem dekat parkir lagi. Sekarang dah pukul 1 pagi pun masih sangkut nak keluar balik ke Kuala Lumpur,” tulisnya di ruangan komen.
Situasi itu turut mendapat perhatian ramai apabila sebahagian netizen mengakui kesesakan di kawasan berkenaan menjadi lebih teruk sepanjang bulan Ramadan berikutan peningkatan pengunjung yang membeli-belah pada waktu malam.
“Nak pergi Kenanga Mall pun sesak macam ke IOI City Mall ini juga,” kata Banana.
“Dua hari lepas sangkut sejam dekat basement (parkir) masa nak keluar (dari IOI City Mall Putrajaya,” kongsi Amyy.
“Patut la aku balik kerja malam tadi dari Cyberjaya bukan main banyak kereta sedangkan dah pukul 11.30 malam,” kata Yaya. – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
3














![[VIDEO] ‘Saya tak pernah merasa makan mewah macam ni’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-07-at-14.51.04.jpeg)


































