PETALING JAYA – 168 Park Mall yang terletak di Selayang dekat sini tidak melepaskan peluang untuk turut serta menghiasi pusat beli-belah tesebut dengan hiasan vintaj menarik yang akan menggamit memori pengunjung dengan semangat ‘Raya lama’.
Melaui idea ini, pusat beli-belah ini telah menawarkan suasana klasik sebagai latar belakang foto yang indah buat seisi keluarga berkunjung ke situ.
Ketua Pegawai Eksekutif 168 Park Mall, Edward Lum berkata, melalui semangat berhari raya ini, pihaknya turut menganjurkan program sosial korporat melalui kerjasamanya dengan Maedicare, Village Grocer dan TheLOT Associates untuk menjayakan kempen bakul makanan, Kongsi Rezeki.
“Pengunjung dijemput menyumbang barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, dan tepung yang dibeli di Village Grocer 168 Park Mall dan diletakkan ke dalam tong pengumpulan di aras LG, pusat beli-belah ini.
“Sumbangan ini akan diagihkan oleh Maedicare kepada pesakit Yayasan Amal Maedicare dan keluarga terpilih di sekitar Lembah Klang.
“Dengan panduan daripada Maedicare, kami memastikan bantuan ini sampai ke rumah kebajikan dan rumah anak yatim yang telah dikenal pasti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian kempen tersebut baru-baru ini.
Melalui kempen tersebut, pengunjung yang berbelanja minimum
RM168 berpeluang membawa pulang ganjaran eksklusif seperti sampul raya rekaan khas, beg rotan tradisional atau set teko elegan.
Inisiatif Bakul Makanan ‘Kongsi Rezeki’
Pusat beli-belah 168 Park Mall adalah pusat komuniti mesra keluarga yang terletak di sepanjang Jalan Kuching, Selayang yang dijadikan sebagai destinasi pilihan utama komuniti setempat untuk membeli-belah, menjamu selera, dan mendapatkan keperluan harian.
Premis ini menempatkan lebih 80 kedai yang memenuhi pelbagai keperluan harian dan perayaan. -KOSMO! ONLINE

4 hours ago
4










![[VIDEO] Wanita haid boleh datang masjid ketika solat raya – UAI](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/Majlis-Ilmu-Madani-di-Masjid-Putra-di-sini-malam-ini..jpeg)





![[VIDEO] 5 makanan perlu dielakkan di bazar Ramadan, air manis ‘no.1’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-09-at-6.45.16-PM.jpeg)

![[VIDEO] Order sampai lambat, tuan rumah jemput rider berbuka puasa sekali](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-09-at-1.18.31-PM.jpeg)






























