10 anggota polis dihukum tekan tubi gara-gara main judi online

1 month ago 24
10 anggota polis dihukum melakukan tekan tubi selepas ditangkap bermain judi secara online. - Istimewa
  • Oleh KOSMO
  • 24 Julai 2025, 10:00 pm

JAKARTA – Seramai 10 anggota polis di Pulau Samosir, wilayah Sumatera Utara dihukum melakukan tekan tubi selepas ditangkap bermain judi secara online, lapor portal berita Detik semalam. 

Rakaman video di media sosial menunjukkan anggota-anggota terbabit melakukan tekan tubi berulang kali di pekarangan balai polis.

Mereka juga dipantau oleh beberapa pegawai polis. 

Timbalan Ketua Polis Samosir, Pesuruhjaya Briston berkata, hukuman itu dibuat selepas aktiviti Penguatkuasaan Perintah dan Disiplin dijalankan di Ibu Pejabat Polis Samosir, Isnin lalu. 

“Dalam aktiviti itu, semua anggota akan diperiksa. Kami mahu memastikan setiap ahli kekal profesional dan tidak menyimpang daripada nilai polis. 

“Pemeriksaan itu sebagai langkah menjaga disiplin dan integriti polis,” tambah Briston. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |