Warga emas, anak saudara lemas terhidu asap

4 hours ago 2
ANGGOTA bomba memeriksa lokasi kebakaran rumah kedai itu di Taman Bayu Perdana, Klang
  • Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
  • 13 Ogos 2026, 6:48 pm

KLANG – Lemas akibat terhidu asap menjadi punca kematian seorang lelaki warga emas dan anak saudaranya yang terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Taman Bayu Perdana di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, dapatan tersebut hasil bedah siasat dilakukan terhadap kedua-dua mangsa berusia 66 dan lapan tahun.

Katanya, siasatan pihak mendapati tiada unsur jenayah dalam kes tersebut.

“Proses bedah siasat selesai dilakukan pihak hospital hari ini dan mayat kedua-dua mangsa telah dituntut. Punca kematian mereka adalah ‘inhalation firefumes’ (lemas terhidu asap),” katanya petang ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |