Peruntukan hampir RM1 juta bangunkan semula Bandar Lama Gua Musang

12 hours ago 8
Mohd. Roshdi (tengah) ketika melawat kawasan Bandar Lama menerusi Program Jjaley Santai Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH
  • Oleh AIMUNI TUAN LAH
  • 13 Ogos 2026, 11:08 am

GUA MUSANG – Peruntukan hampir RM1 juta diperlukan bagi menghidupkan semula kawasan Bandar Lama di sini yang berpotensi menjadi tarikan pelancongan baharu di daerah ini.

Ketua Jajahan Gua Musang, Mohd. Roshdi Ismail berkata, cadangan itu dikenal pasti hasil Program Jjaley Santai bertujuan meninjau semula kawasan yang pernah ditambah baik oleh jabatan dan agensi kerajaan.

“Hasil dapatan menerusi program Jjaley Santai, peruntukan hampir RM1 juta diperlukan. Kita akan cari agensi yang sesuai untuk kita cadangkan penambahbaikan di kawasan Bandar Lama,” katanya selepas Program Jjaley Santai anjuran Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) di Bandar Lama di sini, hari ini.

Mohd. Roshdi yang juga Yang Dipertua MDGM berkata, beberapa lokasi di Bandar Lama dilihat mempunyai potensi untuk dihidupkan semula menerusi penambahbaikan kemudahan dan persekitaran sekali gus menjadi daya tarikan baharu kepada pelancong. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |