Gambar hiasan.
- Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
- 13 Ogos 2026, 5:55 pm
SHAH ALAM – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mengesan lima lokasi pembakaran terbuka yang masih mengeluarkan asap, terutama di sekitar Johan Setia dan Jalan Sijangkang Utama.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin berkata, pihaknya mengambil maklum isu itu terutama di kawasan berdekatan penempatan yang menyebabkan pencemaran bau
“Kesemua lokasi yang dikesan itu adalah di sepanjang Jalan Sijangkang Utama dan Johan Setia.
“Ini melibatkan kawasan belukar, lot pembersihan tanah kebun dan kebun sayur,” katanya ketika ucapan penggulungan perbahasan Rancangan Selangor Kedua pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, petang ini.
Tambah Jamaliah, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS 1974). – KOSMO! ONLINE

5 hours ago
3


![[VIDEO] ‘Tak sangka mi goreng dan cekodok boleh ‘seviral’ ini’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-13-at-19.53.42.jpeg)













































