Konvoi 300 peserta ke Palestin terkandas di sempadan Iraq – Razali

5 hours ago 2

PETALING JAYA – Memasuki hari ke-16 perjalanan, Konvoi Palestin untuk ke Tebing Barat yang disertai kira-kira 300 peserta dari lebih 20 negara terkandas di sempadan Iraq selepas meninggalkan Imigresen Turkiye.

Perunding Media Alkhair Malaysia, Razali Awang berkata, masalah dikatakan timbul selepas beberapa peserta tidak mendapat kelulusan visa untuk memasuki negara berkenaan.

Katanya, diharapkan masalah itu tidak berpanjangan memandangkan faktor cuaca yang mencecah hampir 30 darjah Celisus.

“Kami kini hanya menunggu sehingga dibenarkan meneruskan perjalanan menerusi Iraq.

“Setakat ini tidak tahu berapa lama lagi perlu menunggu sehingga semuanya okey,” katanya
dalam sidang video di beberapa media sosial semalam.

Katanya, peserta konvoi memahami perjalanan peserta dengan enam buah bas bukan mudah, malah pelbagai kemungkinan perlu dihadapi sebelum tiba di Tebing Barat.

Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak mematahkan semangat peserta untuk meneruskan perjalanan dan menyampaikan mesej solidariti kepada rakyat Palestin.

“Kita tahu secara realistik memang sukar untuk sampai ke sana. Kita tahu Israel tidak akan beri laluan mudah. Tetapi, kita tidak boleh mempunyai mentaliti ‘sekali pergi gagal, kemudian kita berhenti’.

“Seharusnya, ‘sekali gagal, kita pergi lagi. Dua kali gagal, kita pergi lagi’,” katanya.

Razali berkata, beliau sendiri pernah ditahan ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla sebelum ini dan mendakwa namanya turut disenarai hitam Israel untuk tempoh 10 tahun.

Namun, pengalaman itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyertai usaha solidariti terhadap Palestin.

“Apa nak takut? Saya dan peserta lain yang turut menyertai misi ini juga pernah ditahan di Penjara Ketziot, tetapi ini adalah tanggungjawab.

“Kita tahu peluang nak masuk ke Tebing Barat tu 99.99 peratus gagal, tetapi kita akan teruskan untuk kekalkan momentum itu,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |