Tangkap ikan dengan senapang angin

4 hours ago 3
TANGKAP layar menunjukkan penduduk tempatan memburu ikan menggunakan senapang angin. - @infotangerang.id
  • Oleh KOSMO!
  • 13 Ogos 2026, 7:00 pm

JAKARTA – Pemandangan unik  di Jambatan Unis, Kota Tangerang menarik perhatian orang ramai  selepas beberapa orang penduduk tempatan dikesan memburu ikan menggunakan teknik ‘paser’ dengan senapang angin, lapor laman berita radar kediri.

Aksi tersebut tular di media sosial selepas dimuat naik oleh akaun Instagram @infotangerang.id. 

Berbeza dengan kaedah memancing konvensional menggunakan joran, kumpulan penduduk berkenaan dilihat berbaris di atas jambatan sambil membidik sasaran ke arah sungai menggunakan senapang angin yang diubah suai bersama anak panah yang diikat dengan tali.

Kaedah itu memerlukan kemahiran dan ketepatan membidik yang tinggi memandangkan sasaran berada di dalam air.

Cara menangkap ikan luar biasa di sungai utama Kota Tangerang itu  bukan sahaja menjadi perbualan netizen, malah turut menarik perhatian pengguna jalan raya yang lalu di kawasan sekitarnya. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |