[VIDEO] Tolong ‘viral’ sampai pemandu lori munculkan diri

3 weeks ago 12

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal ingin mencari pemandu lori yang dipercayai merupakan saksi penting dalam kemalangan berlaku di Paya Rambai, Jalan Bayam, Kota Bharu pada 9 Ogos lalu.

Menerusi video tular dimuat naik di TikTok, @fzyyy.oii dipercayai rakannya yang merupakan penunggang motosikal adalah mangsa dalam kemalangan terbabit.

Kelihatan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dari sebuah pusat cuci kereta, motosikal kawannya terpelanting beberapa kali sebelum badan mangsa melanggar tiang elektrik.

Mangsa mendakwa sebuah kereta yang merempuh motosikalnya tidak memberi lampu signal ketika ingin masuk ke simpang.

“Salam.. minta tolong jasa sahabat siapa ada rakaman kamera papa pemuka kemalangan di Paya Rambai 9 Ogos lepas.

“Sebab salah kereta tapi dia beritahu salah motosikal kononnya nak memotong lori tak lepas padahal dia (pemandu kereta) yang nak masuk simpang tak beri signal.

“Kalau boleh siapa kenal pemilik lori, boleh tolong kongsikan sebab dia boleh jadi saksi. Minta tolong kongsikan ke abang-abang lori, tak sempat nak ambil nombor telefon abang lori tu,” katanya di ruangan kapsyen.

Kata pengguna tersebut, dia dan rakannya telah mencari rakaman CCTV dari semua premis atau kedai berhampiran namun kebanyakannya tidak merakam kawasan jalan raya.

Ujarnya lagi, akibat kemalangan itu rakannya kini mengalami kecederaan patah tulang belakang selain mengalami pendarahan di dalam badan.

“Tolong doakan rakan saya cepat sembuh dan dapatkan keadilan. Rakan saya pun masih dalam proses penyembuhan, sama-sama doakan dia cepat sembuh,” komennya.

Sehingga kini videonya mendapat lebih 1.5 juta tontonan, 24,700 tanda suka dan 992 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

@fzyyy.oii Salam… mitok tlg jaso saen sobat sapo ad dashcam exident kat paya rambaii(9/8/2025) sbb saloh keto tp dio oyk saloh saeng kito nk motong lori xlepas pdahal dio nk masuk lorong xwie signal… kalu bole spo kenal owner lori ejah cont dm pasal dio bole jdi saksi tiko tu🙏🙏 mitok tlg share2 ko abe2 lori viral xdeii nk amik no tel abe lori tu #fypシ゚ #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – niksalim05 – limm🙂
Read Entire Article
Pertanian | | | |