‘Saya ada pasangan lelaki, isteri juga ada pasangan lelaki’

1 hour ago 1

PETALING JAYA – Pasangan doktor yang baru pulang ke tanah air mengaku mereka mempunyai ‘darkside’ ketika menetap di United Kingdom (UK) sebelum ini.

Menurut perkongsian di laman sosial, pasangan yang baru pulang ke tanah air sejak tiga bulan lalu itu turut mengakui mereka mengamalkan hubungan ‘open marriage’ sebelum ini.

“Aku dan isteri baru pulang dari UK hampir tiga bulan, kami graduan dan sambung kerja dalam bidang perubatan, ada dua cahaya mata comel, ‘darkside’ kami sebenarnya kami amalkan ‘open marriage’

“Biasalah kalau kat UK tu kami ramai kawan-kawan jenis terbuka dan senang bergaul dengan komuniti LGBTQ, aku sendiri memilih ‘partner’ lelaki tempatan sana sebagai pasangan dan isteri pilih ‘partner’ lelaki tempatan normal,”kata doktor lelaki tersebut.

Jelas lelaki itu, hubungan mereka tidak ada masalah serta tinggal sebumbung dan membesarkan anak macam biasa cuma masing-masing ada pasangan lain.

“Kami pilih jenis ‘poIyamorous style’ maksudnya lebih kepada hubungan emosi yang lebih kompleks berbanding seks semata-mata.

“Bukan nak cakap apala bila jauh dari negara asal, jauh dari keluarga kerja pulak dalam bidang ‘tough’ memamg kadang-kadang sangat mencabar sebab tu ramai je pilih nak ada ‘sokongan lain’ selain pasangan sendiri,”ujarnya.

Bagaimanapun kata doktor lelaki itu, dia lebih terkejut apabila pulang ke Malaysia rupanya ramai yang turut mengamalkan ‘kehidupan’ berumah tangga seperti di UK.

“Dah tuga bulan kami tutup balik konsep hidup macam ni sebab dah ada kat Malaysia, pasangan kami pun faham sebab faktor jarak, tapi sungguh tak sangka bila disini rupanya ramai pasangan Melayu buat benda yang sama.

“Isteri dapat hidu dulu dan dia lebih laris sebab aku memang dah fokus nak hidup normal kat sini mcm biasa, aku pun ada sakit-sakit jadi malas la.

“Pasangan dia kat sini lelaki tempatan kerja sektor swasta la, aku cakap disebabkan kami dah ada kat Malaysia dan aku pun takda isu nak besarkan anak-anak,”katanya.

Jelas doktor itu lagi, dia boleh ceraikan isterinya supaya wanita itu boleh hidup bersama dengan pasangan baru.

“Dia (isteri) tak nak. Dia cakap masih sayangkan aku, masih sayangkan hubungan keluarga kedua-dua belah pihak dan keluarga kami.

“Dia juga berjanji nak jaga aku siap bersetuju dengan ‘partner’ dia nak jaga anak-anak kami juga,”-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |