EV pertama Perodua berharga RM80,000 dilancarkan

1 hour ago 2

KUALA LUMPUR – Perodua memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) pertama yang dikenali sebagai QV-E pada harga RM80,000, sekali gus menandakan langkah besar jenama itu dalam menyokong agenda nasional membangunkan ekosistem EV.

Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di sini hari ini.

Anwar berkata, beliau berbangga dengan kejayaan terbaharu daripada Perodua susulan perkenalan kenderaan EV pertama tersebut.

“Bila Tengku Zafrul (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) mengusulkan untuk tetapkan pada September 2023 suatu hala tuju yang jelas menuntut Perodua siapkan unjuran EV, saya rasa sedikit gusar.

“Matlamat itu agak bercita-cita tinggi. Mungkin tak cukup kemahiran, kepakaran tempatan, tapi ini sangat berbangga bukan sahaja peluncuran EV, tapi dihasilkan dengan kepintaran usaha dan kegigijan anak tempatan,” katanya berucap pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pembangunan model QV-E melibatkan pelaburan sebanyak RM800 juta dan dihasilkan di kemudahan pengilangan terbaharu Perodua, Smart Mobility Plant.

“Pada masa ini, kami boleh mengeluarkan 500 unit kenderaan sebulan, tetapi kami akan menawarkan 3,000 unit kenderaan sebulan menjelang suku ketiga tahun 2026,” katanya.

Beliau berkata, QV-E menggunakan bateri Lithium Iron Phosphate berkapasiti 52.5kW yang mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 445 kilometer (NEDC), bergantung kepada cara pemanduan, suhu dan keadaan jalan.

“Model ini juga hadir dengan ciri keselamatan terbaharu termasuk sistem pengesanan dan amaran kanak-kanak (Child Presence Detection),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |