[VIDEO] Setahun tragedi tanah jerlus di Jalan Masjid India, anak sedekah makanan

2 weeks ago 13

PETALING JAYA – Setahun selepas kejadian tanah jerlus yang menggemparkan negara, anak kepada wanita warga India yang menjadi mangsa tragedi tersebut dilihat kembali ke lokasi kejadian di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur Sabtu lalu bagi upacara memperingati kematian ibunya.

Dia dilihat menjalankan ritual keagamaan di lokasi ibunya, Vijayalakshmi, 48, dilaporkan jatuh ke dalam tanah jerlus sedalam lapan meter pada 23 Ogos tahun lalu.

Selain upacara itu, lelaki itu turut dilihat dalam video TikTok memberi makanan kepada orang awam, yang dipercayai sebahagian daripada adat dan simbol penghormatan kepada mendiang ibunya.

Terdahulu, Vijayalakshmi yang berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh, India, ketika itu sedang berjalan di laluan pejalan kaki sebelum terjerlus ke dalam lubang berhampiran Masjid India.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan sejurus selepas insiden itu dijalankan setiap hari oleh pasukan penyelamat, namun tidak menemui sebarang petunjuk keberadaan mangsa.

Selepas lebih seminggu tidak berhasil menemui jasad mendiang, pada 31 Ogos 2024, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa mengumumkan bahawa operasi SAR terpaksa dihentikan disebabkan faktor risiko di kawasan Jalan Masjid India itu. – KOSMO! ONLINE

@sarvaessrashbinrajappa #100000 #views ♬ original sound – Maithili
Read Entire Article
Pertanian | | | |