[VIDEO] ‘Semangat lain macam sambut merdeka’

1 day ago 4

PETALING JAYA – Seorang tukang jahit mencuri tumpuan pengunjung pada sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Putrajaya dengan mengenakan kot dan aksesori khas di kepala dengan warna tema Jalur Gemilang.

Menerusi video dimuat naik pada TikTok RTM Malaysia Official, Mohammad Jamil Abdul Hamid mengenakan kot berwarna putih, biru dan merah, manakala terdapat aksesori di kepalanya bertulis ‘Daulat Tuanku’.

Dalam ruangan komen, orang ramai mengenali individu tersebut lebih-lebih lagi hampir setiap tahun setiap kali sambutan Hari Kebangsaan, Mohammad Jamil yang juga Pengusaha Hamid Tailor akan mengenakan pakaian unik terutama aksesori di kepala.

“Beliau ni semangat lain macam, aku jumpa dia kat stadium hoki, sokong pasukan hoki Malaysia. Terbaik dia ni,” kata pengguna TikTok Baraksan22.

“Pernah bergambar dengan beliau tahun lepas,” kata Inchulai.

Mohammad Hamid merupakan pemegang status pemastautin tetap, mula menetap di negara ini sejak 1964 pada usia lima tahun selepas mengikut bapanya berhijrah ke Kuala Lumpur.

Beliau merupakan tukang jahit pakaian seragam untuk Johor Military Force (JMF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – KOSMO! ONLINE

@radiotelevisyenmalaysia [Live Update] Kongsikan dengan min tau pengalaman anda menonton #SambutanHariKebangsaan2025 pagi ini ya! #SambutanHariKebangsaan2025 #HKHM2025 #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI ♬ original sound – RTM Malaysia Official
Read Entire Article
Pertanian | | | |