PETALING JAYA – Peserta RXZ Members 7.0 sekali lagi mencuri tumpuan orang ramai apabila ‘mempamerkan’ insiden tidak disangka-sangka ketika berkonvoi ke Terengganu, semalam.
Menerusi perkongsian video TikTok @ezhyaniani, kaki seorang penunggang motosikal terperosok ke celah tayar sebuah Yamaha RXZ ketika ingin memberikan bantuan menunda motosikal orang lain.
“Minyak habis, nak beri bantuan tetapi lain pula jadinya. Mudah-mudahan selamat ‘geng rider’ semuanya,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian lain, pengguna tersebut bagaimanapun memaklumkan tiada kecederaan serius berlaku kepada kaki yang terperosok tersebut.
Tunda motosikal merupakan bantuan yang kebiasaannya dihulurkan antara penunggang bagi menggerakkan kenderaan tersebut.
Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 1.7 juta tontonan, 36,600 tanda suka dan 23,100 perkongsian.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dengan insiden tersebut
“Abang pakai kasut apa tu? Terbukti selamat kalau nak tunda motosikal lepas ni,” komen Madnip.
“Maaf dik, tak tahu nak kasihan ke nak ketawa. Sebab dulu akak pernah tersepit celah basikal, samalah macam ni,” komen Umi.
“Tunda motosikal kawan tapi tersalah pijak, terus kaki tersasar masuk di situ kan. Ini punya cerita sepanjang hayat kena ‘bahan’ nanti,” komen Faezwan pula. – KOSMO! ONLINE
@ezhyaniani #minyakhabis nak bagi bantuan tapi lain pulak jadinye @hairol #rxz_members_official #rxzmember #rxzmalaysia #catsoftiktok ♬ Langkah Seiringan_Exist – SekilasJiwang