PETALING JAYA – Gelagat seorang bayi yang kelihatan gembira saat ibunya menyanyikan lagu nyanyian MimiFly bertajuk Angkat mencuit hati orang ramai.
Menerusi hantaran di TikTok @Akma_ezlyana, wanita tersebut pada mulanya dilihat teruja menyanyikan lagu kanak-kanak iaitu ‘Twinkle-twinkle Little Stars’ namun mendapat reaksi sebaliknya daripada bayi berkenaan.
Bayi tersebut kelihatan mahu menangis dan menggeleng-gelengkan kepalanya saat lagu ‘Twinkle-twinkle Little Stars’ itu dinyanyikan.
Bagaimanapun bayi berkenaan kembali tersenyum dan sesekali terdengar ketawa kecil apabila ibunya menyanyikan lagu nyanyian MimiFly.
Reaksi menghiburkan dua beranak itu menerima pelbagai respon daripada netizen yang berasa terhibur akan telatah si ibu dan anak.
“Mak kau nak buka mata pun tak larat dik, nak kena rap pula,” seloroh @Suriyanawawi
“Anak saya pula tidur kalau saya takbir raya,” kongsi @Nashsuha
Di samping itu, penyanyi asal lagu tersebut, MimiFly, turut meninggalkan komen.
“‘Cute (comel) sangat, ‘both’ anak dan mak,” kata penyanyi asal lagu Angkat itu. – KOSMO! ONLINE
@akma_ezlyana Its 1am in the morningg camera pun tak bagi kerjesame dah also excuse my tudung 🫠 Layan la lagu mimifly sampai dua2 tertidur @MimiFly #babyadam #myluckybaby #fyp ♬ original sound – Amir, Akma & Adam 🤍✨ – Amir, Akma & Adam 🇵🇸🇲🇾