[VIDEO] Kucing terperangkap setahun, makan bawah pintu

2 hours ago 2

PETALING JAYA – Seekor kucing dipercayai terperangkap di dalam premis pejabat selama setahun akhirnya diselamatkan seorang wanita selepas membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @firahanna9 berkata, misi menyelamatkan kucing tersebut dilakukan selepas menerima satu mesej di media sosial.

“Saya terima mesej di media sosial, kucing terperangkap kerana premis pejabat ditinggalkan pemilik premis yang melarikan diri. Tetapi ramai yang memberinya (kucing) makan melalui bawah pintu.

“Selepas menghubungi pihak polis untuk membuat laporan, saya berjaya dapat kelulusan untuk melakukan kerja-kerja menyelamatkan kucing itu dengan bantuan pihak bomba.

“Mungkin kucing itu takut sebab terdengar bunyi bomba memecahkan pintu premis, dia terus berlari keluar lepas pintu terbuka. Kami pun tak sempat nak ambil gambar keadaan kucing itu, tetapi dari rupa memang sihat dan gemuk,” menurut kapsyen pada video berkenaan.

Menjengah ke ruangkan komen, pelbagai reaksi netizen termasuk terkejut kerana tidak menyangka seekor kucing terperangkap selama setahun itu masih dalam keadaan baik.

“Saya salah seorang yang beri kucing ini makan kalau balik kampung. Ketika saya pulang kampung untuk menyambut raya Aidilfitri dan raya Haji, kucing itu masih ada lagi,” komen @buskbear

“Terima kasih untuk akak yg selalu datang hantar makanan, semoga dipermudahkan urusan dan kebaikan menjadi saham akhirat,” kata Rara.

“Kucing itu keluar mesti pelik tengok dunia luar. Kasihan dia setahun duduk dalam keadaan gelap, nasib ada insan baik hati beri makan minum,” komen @judithpaladius – KOSMO! ONLINE

@firahanna9 Kucing ini telah SETAHUN terperangkap di balik pintu ini.. Tapi tiada siapapun yang mahu selamatkan.. Bayangkan, ia terkunci di sini selama SETAHUN di sana… 😔 Mengikut kata feeder mereka telah laporkan kepada Pihak Berwajib tapi tetap tiada bantuan diterima.. Tapi saya rasa mungkin ada miscommunication di situ.. Berdasarkan kepada confirmation Majlis Bandaraya Ipoh kepada Feeder, premis pejabat itu telah lama tidak dihuni.. Pemilik premis dipercayai telah ‘melarikan diri’.. Hari ini saya hubungi Balai Polis Kg Rapat & Balai Bomba Stadium Ipoh melaporkan apa yang terjadi.. Alhamdulillah saya telah dapatkan approval dari Pihak Polis untuk Pihak Bomba melakukan kerja2 menyelamat kucing itu..🤲🏽🤲🏽🤲🏽 Saya akan update gambar selepas kucing berjaya diselamatkan later.. Terimakasih saya ucapkan Pihak-pihak Berwajib di bawah: 1. Balai Bomba Stadium Ipoh En Muthu En Fawwaz 2. Balai Polis Kg Rapat OCS Mohd Nur Ashraff SJN Ilyas KPL Ricoh 3. Majlis Bandaraya Ipoh Stray Animals Lives Matter… #cat #rescue #animals #fyp ♬ original sound – DNP
Read Entire Article
Pertanian | | | |