[VIDEO] Kedai emas di Kuantan pula kena rompak

6 hours ago 6
TANGKAP layar empat individu melarikan diri selepas melakukan rompakan di sebuah kedai emas di Taman Tas di Kuantan.
  • Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
  • 21 Ogos 2026, 5:12 pm

KUANTAN – Selepas sebuah kedai emas di Genting Highlands dirompak pada Isnin lalu, sebuah lagi kedai emas di Pahang yang terletak di Taman Tas di sini dirompak menerusi rakaman video yang tular di media sosial hari ini.

Rakaman video berdurasi 1 minit 35 saat itu memaparkan empat individu berpakaian hitam dan bertopi keledar melarikan diri dengan menunggang dua buah motosikal.

Difahamkan, ketika kejadian suspek membawa senjata parang, namun tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden pada pukul 1.30 tengah hari itu.

Setakat ini maklumat lanjut mengenai kejadian itu termasuk jumlah kerugian masih belum diketahui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan dan maklumat penuh akan dimaklumkan kelak. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |