Pengasuh didenda RM2,000 cubit bayi sehingga lebam

9 hours ago 7
TERTUDUH didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka kerana mencubit bayi perempuan sehingga lebam. - Foto oleh AMRAN ALI /KOSMO!
  • Oleh AMRAN ALI
  • 21 Ogos 2026, 2:38 pm

MELAKA – Seorang pengasuh didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini selepas mendapati mencederakan bayi perempuan berusia setahun sembilan bulan dengan cara mencubit kemaluannya sehingga lebam, tahun lalu.

Majistret Uthman Abd. Ghani menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh  Masmariati Samsudin, 44, yang mengaku bersalah sebaik pertuduhan dan fakta kes dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap bayi perempuan berusia setahun sembilan bulan di sebuah rumah di Jalan Desa Taming Sari 3, Sungai Udang, di sini, pada 13 Februari 2025.

Mengikut fakta kes, kejadian terbongkar selepas ibu mangsa mengambil anaknya dari rumah pengasuh kira-kira pukul 7 malam pada hari kejadian sebelum mendapati terdapat kesan lebam pada bayi berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |