SHAH ALAM – Penerjun Selangor, Muhammad Haris Mohd Rezal mencuri tumpuan pada saingan terjun Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 apabila mengetepikan dua penerjun negara untuk merangkul emas acara 1 meter (m) papan anjal lelaki di Pusat Akuatik Selangor, hari ini.
Haris mempamerkan aksi konsisten sepanjang saingan sebelum mengumpul 353.80 mata, sekali gus mengatasi wakil Wilayah Persekutuan, Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim yang terpaksa berpuas hati dengan perak menerusi 347.70 mata.
Seorang lagi penerjun negara, Yong Rui Jie yang sebelum ini mengungguli acara 3m papan anjal individu melengkapkan podium dengan gangsa selepas mengumpul 336.15 mata.
Haris sebelum itu turut menyumbang gangsa bersama Ikmal Abror Ibrahim dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki menerusi 307.89 mata, namun kejutan terbesar menjadi milik pasangan Sarawak, Elvis Priestly Clement-Awang Sharzan Nasrin.
Elvis-Awang Sharzan yang hanya sempat menjalani satu sesi latihan bersama sebelum bertanding mengejutkan juara Sukan SEA Thailand 2025, Rui Jie-Nurqayyum apabila merampas emas dengan 333.90 mata, hanya 2.79 mata mengatasi gandingan Wilayah Persekutuan itu yang mencatat 331.11 mata.
“Prestasi hari ini sangat memuaskan kerana kami hanya sempat melakukan latihan seirama sekali untuk Sukma kali ini. Kami hanya mula berlatih apabila tiba di sini dan mungkin ini rezeki kami,” kata Elvis selepas aksi tersebut.
ANTARA aksi terjunan atlet Sarawak, Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj ketika beraksi dalam final acara 10 meter (m) platform wanita Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 di Pusat Akuatik Selangor, hari ini. Foto ISKANDAR ISHAKDalam acara 10m platform wanita pula, Sarawak turut meraikan emas menerusi Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj yang mengungguli saingan dengan 280.30 mata, mengatasi Lee Yiat Qing dari Wilayah Persekutuan yang meraih perak dengan 273.85 mata.
Seorang lagi wakil Sarawak, Cecelia Olivia Christopher Leoneil melengkapkan podium dengan gangsa menerusi 228.50 mata, sekali gus menutup saingan hari ini dengan dua emas buat kontinjen Bumi Kenyalang. KOSMO! ONLINE

6 hours ago
6


![[VIDEO] Mak meninggal kanser bulan Mei, ayah lemas pagi tadi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/LEMAS-YATIM-PIATU.jpeg)







![[VIDEO] Kedai emas di Kuantan pula kena rompak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/ROMPAK-KEDAI-EMAS-KUANTAN.jpg)




![[VIDEO] ‘Siapa ada dashcam insiden penunggang basikal di Presint 5?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-21-at-2.19.23-PM.jpeg)

![[VIDEO] Jerebu makin buruk, kualiti udara Serian capai bacaan 244](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-21-at-1.34.02-PM.jpeg)
























![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)






