TIAN SOON (empat dari kanan) menyerahkan replika kunci kepada Pegawai Kesihatan Daerah Batu Pahat, Dr. Linayanti Rosli (empat dari kiri) sebagai simbolik penyerahan ambulan kepada Klinik Kesihatan Semerah, Batu Pahat hari ini. Foto ADNAN IBRAHIM
- Oleh ADNAN IBRAHIM
- 21 Ogos 2026, 2:52 pm
BATU PAHAT – Kerajaan negeri Johor memperuntukkan sejumlah RM62.296 juta untuk menaik taraf 123 buah klinik desa dan klinik kesihatan daif dalam negeri ini yang menjejaskan tahap perkhidmatan sepanjang tahun 2023 hingga 2026.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, usaha naik taraf yang melibatkan kerjasama daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) itu secara tidak langsung telah berjaya memberikan keselesaan kepada para pesakit untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, kerja naik taraf memfokuskan penggantian bangunan lama yang tidak lagi sesuai untuk menampung jumlah pesakit susulan pertambahan dari semasa ke semasa.
“Kerja naik taraf dilakukan mengikut keperluan setiap klinik terlibat dan menelan belanja antara RM100,000 hingga RM1 juta, ianya dilakukan bermula pada tahun 2023 dan telah siap sepenuhnya tahun ini. Bangunan klinik yang sebelum ini diperbuat daripada kayu sepenuhnya atau sebahagiannya telah digantikan dengan bangunan konkrit yang lebih kukuh dan selesa,” katanya selepas Majlis Penyerahan Ambulans Maju Johor di Klinik Kesihatan Semerah, di sini, hari ini.
Tian Soon berkata, untuk tahun ini dan seterusnya kerajaan negeri akan memfokuskan kepada usaha menaik taraf kemudahan perkhidmatan kesihatan melibatkan peralatan dan infrastruktur yang ada di sesebuah premis kesihatan. – KOSMO! ONLINE

9 hours ago
7


![[VIDEO] Mak meninggal kanser bulan Mei, ayah lemas pagi tadi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/LEMAS-YATIM-PIATU.jpeg)







![[VIDEO] Kedai emas di Kuantan pula kena rompak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/ROMPAK-KEDAI-EMAS-KUANTAN.jpg)




![[VIDEO] ‘Siapa ada dashcam insiden penunggang basikal di Presint 5?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-21-at-2.19.23-PM.jpeg)

![[VIDEO] Jerebu makin buruk, kualiti udara Serian capai bacaan 244](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-21-at-1.34.02-PM.jpeg)
























![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)






