GERIK – Pulau Banding di sini sekali lagi membuktikan nilai pentingnya sebagai landskap biodiversiti Asia apabila Banding Trail Adventure (BTA2026) berjaya mengenal pasti 1,433 spesies biodiversiti dalam tempoh empat hari iaitu dari 18 hingga hari ini.
Pencapaian tersebut membolehkan BTA2026 menerima Pengiktirafan Asean dan Asia Records bagi kategori Jumlah Spesis Tertinggi Direkodkan Merentasi Tiga Domain Biologi dalam Satu Program Ekspedisi Denai.
Pengiktirafan tersebut disaksikan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup selepas merasmikan Majlis Penutupan dan Pengiktirafan ASEAN dan Asia Records Banding Trail Adventure (BTA2026) di sini hari ini.
Dalam ucapannya, beliau berkata, pendekatan program ini selari dengan aspirasi pemuliharaan biodiversiti negara.
Beliau berkata, program itu juga menyokong pelaksanaan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2022–2030 yang memberi penekanan kepada pemuliharaan biodiversiti, penggunaan sumber secara lestari, perkongsian manfaat secara adil serta pengukuhan penyelidikan dan pembangunan ilmu pengetahuan.
“Pendekatan yang dilaksanakan melalui BTA turut mencerminkan komitmen Malaysia terhadap Kunming-Montreal Global Biodiversity Framework, khususnya dalam memperkukuh usaha pemuliharaan biodiversiti melalui kerjasama pelbagai pihak, penglibatan komuniti, pembangunan kapasiti dan penggunaan data saintifik sebagai asas membuat keputusan.
“Pemeliharaan biodiversiti merupakan agenda penting pembangunan negara yang memerlukan penglibatan seluruh negara dan seluruh masyarakat. Kerjasama antara Kerajaan, institusi penyelidikan, sektor swasta, pertubuhan masyarakat sivil dan komuniti amat penting bagi memastikan khazanah biodiversiti negara terus dipelihara secara berkesan dan mampan,” katanya di sini hari ini.
Arthur turut menekankan kepentingan data dan penyelidikan saintifik dalam menyokong usaha pemuliharaan serta membantu Kerajaan membuat keputusan dan merangka dasar berasaskan bukti.
“Data biodiversiti yang diperoleh melalui program seperti BTA turut menyumbang kepada pengukuhan pangkalan data biodiversiti negara, termasuk Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS),” katanya.
BTA2026 merupakan program ekspedisi dan dokumentasi biodiversiti yang menggabungkan sains, pemuliharaan, pendidikan serta penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti dan merekodkan kekayaan biodiversiti di Pulau Banding.
Ia BTA2026 menghimpunkan lebih 50 pakar, penyelidik dan sukarelawan daripada pelbagai latar belakang, termasuk agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, organisasi bukan kerajaan dan sektor korporat.
Program itu dianjurkan oleh Pulau Banding Foundation (PBF) sebagai penganjur utama bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), UMK Tropical Rainforest Research Centre (UMK-TRaCe), Belum Rainforest Resort dan Yayasan EMKAY dengan sokongan kementerian itu, Setia Haruman dan Kumpulan EMKAY. – KOSMO! ONLINE

10 hours ago
7


![[VIDEO] Mak meninggal kanser bulan Mei, ayah lemas pagi tadi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/LEMAS-YATIM-PIATU.jpeg)







![[VIDEO] Kedai emas di Kuantan pula kena rompak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/ROMPAK-KEDAI-EMAS-KUANTAN.jpg)





![[VIDEO] ‘Siapa ada dashcam insiden penunggang basikal di Presint 5?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-21-at-2.19.23-PM.jpeg)

![[VIDEO] Jerebu makin buruk, kualiti udara Serian capai bacaan 244](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-21-at-1.34.02-PM.jpeg)























![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)






