BANDAR SERI BEGAWAN – Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik peringkat ASEAN bagi mencari penyelesaian isu jerebu rentas sempadan yang melanda beberapa kawasan di rantau ini, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata, ASEAN menjadi platform terbaik bagi membincangkan isu yang melibatkan negara-negara dalam rantau ini.
Menurut Mohamad, Malaysia melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan mengemukakan surat rasmi kepada Sekretariat ASEAN dalam masa terdekat.
“Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup juga akan menulis surat kepada rakan sejawat beliau (di Indonesia).
“Kami percaya ASEAN menjadi mekanisme terbaik untuk mengatasi isu serta masalah antara negara ASEAN dan kami lihat ia lebih berkesan untuk Sekretariat mengurus situasi ini,” katanya ketika ditemui di sebuah hotel di sini hari ini.
Mohamad kini dalam lawatan kerja tiga hari ke Brunei bermula semalam.
Lawatan berkenaan dibuat sempena Mesyuarat ke-27 Pelaksanaan Pertukaran Surat (EOL-27) Malaysia-Brunei pada 21 Ogos dan Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 Malaysia-Brunei (ALC-27) pada 22 Ogos.
Semalam, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Mohd Aini Atan berkata, isu jerebu yang melanda beberapa kawasan di rantau ini juga dijangka menjadi antara perkara yang dibincangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sempena Rundingan Pemimpin Tahunan (ALC) ke-27 Malaysia-Brunei.
Mohd Aini berkata, perkara itu adalah antara isu yang mempunyai kepentingan kepada kedua-dua negara pada masa ini.
Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), setakat 4 petang ini kawasan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serian di Sarawak terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat, iaitu 217.
Sembilan kawasan lagi di Sarawak mencatatkan tahap tidak sihat, iaitu Sri Aman (186), Sarikei (173), Kuching (171), Samarahan (170), Sibu dan Samalaju (156), Bintulu (153), Mukah (125) serta Kapit (108). – Kosmo! Online

5 hours ago
5


![[VIDEO] Mak meninggal kanser bulan Mei, ayah lemas pagi tadi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/LEMAS-YATIM-PIATU.jpeg)






![[VIDEO] Kedai emas di Kuantan pula kena rompak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/ROMPAK-KEDAI-EMAS-KUANTAN.jpg)





![[VIDEO] ‘Siapa ada dashcam insiden penunggang basikal di Presint 5?’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-21-at-2.19.23-PM.jpeg)

![[VIDEO] Jerebu makin buruk, kualiti udara Serian capai bacaan 244](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-21-at-1.34.02-PM.jpeg)
























![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)






