Beli telur burung puyuh online, sampai-sampai menetas

3 hours ago 2
Tangkap layar video menunjukkan beberapa anak burung puyuh berjalan keluar dari bungkusan selepas menetas. - Thread
  • Oleh KOSMO
  • 21 Ogos 2026, 8:30 pm

JAKARTA – Seorang wanita yang membeli telur burung puyuh secara online di Indonesia terkejut apabila menerima bungkusan berisi anak burung baru menetas, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform Thread oleh akaun @ayu_ocha_wahyuni menunjukkan wanita itu membuka bungkusan yang baru diterima. 

Selepas dibuka, dia terkejut apabila beberapa ekor anak burung berjalan keluar dari dalam bungkusan tersebut. 

Menurut wanita berkenaan, dia membeli telur puyuh untuk dijadikan sebagai umpan memancing. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. Sebilangan netizen memuji penjual telur burung puyuh kerana memberikan produk yang ‘sangat segar’. 

“Bela sampai besar, nanti mereka pula keluarkan telur,” kata seorang netizen. 

“Kenapa beli online? Di pasar ramai jual telur,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |