PETALING JAYA – “Hello bomba, rumah saya mozek meletup-letup! Mungkin ada gorgon (raksaksa) mahu keluar di sana.”
Itu reaksi panggilan kecemasan daripada seorang individu mendakwa lantai rumahnya ‘meletup-letup’ sehingga terangkat, dipercayai akibat lantai mozek pecah secara tiba-tiba.
Menerusi perkongsian anggota bomba, Fahmi Ahmad di TikToknya @fahmi_ahmaddd, pemanggil cemas memberitahu bahawa keadaan itu terlalu kuat sehingga kedengaran seperti ada ‘sesuatu’ mahu keluar dari lantai.
“Banyak kali kami respons kes mozek meletup ni orang mesti ingat ada ular sawa nk keluar dari situ. Sebenarnya, tiada ular pun, dia nak masuk ikut mana?
“Tak salahkan pemanggil juga sebab dah panik. Boleh cuba tanya tukang rumah sebab cuaca panas penyebabnya,” menurut kapsyen di ruangan TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, ramai berkata situasi tersebut adalah biasa terutamanya apabila lantai mozek dipasang tidak betul.
“Ini kes masa pasang mozek, tapi tak rendam atau siram mozek dgn air dulu,” kata Haries.
“Tak ada apa pun sebab rumah saya pun ruang tamu lantai mozek meletup. Dah setahun tutup dengan karpet,” kata Syafaris.
“Mozek meletup selalunya punca pemasangan terlalu rapat,sepatutnya perlu ada ruang antara mozek dalan 1-2 sentimeter,” komen @mrdemonkiller
“Rumah nenek saya pon meletup sebab tukang buat tak betul. Bila ada bahagian mozek yang kosong, lama-lama akan meletup sebab ada angin,” kata Iffa. – KOSMO! ONLINE
@fahmi_ahmadddBanyak kali kami respond kes mozek meletup ni orang mesti ingat ada ular sawa nk keluar dari situ .😂 sebenarnye takde pun ular dia nk masuk ikut mane🤣.tak salah ke pemanggil jugak dh panik ye dak ? Tanya2 tukang2 rumah sebab cuaca panas katanya. Itu info yang diterima lah . Sekian laporan dari pihak wonderpet🐱