PETALING JAYA – Penangan Ejen Ali The Movie 2 semakin hangat apabila dua lelaki berkongsi keterujaan mereka menonton filem tersebut sebanyak tiga kali dalam masa sehari sehingga tidak sempat menjamah makanan.
Dalam sebuah hantaran di TikTok @Arif, mereka memberitahu, tayangan pertama filem itu pada pukul 11.15 pagi, kemudian diikuti pukul 1.20 petang dan terakhir pukul 5.30 petang.
Malah, salah seorang daripada mereka turut mengatakan belum sempat untuk menjamah makanan kerana terkejar-kejar waktu tayangan filem tersebut.
Berdasarkan hantaran yang dimuat naik itu, mereka telah pun menonton filem tersebut sebanyak tiga kali sebelum itu, menjadikan keseluruhan jumlah adalah enam kali.
Video tersebut mengundang pelbagai reaksi para netizen.
“Tahniah, anda akan diserap masuk ke MATA,” seloroh @Buss.ming
“Bang, ‘move on’ je lah bang,” kata @ankmakbapak
“‘Hope (moga) pengarah Ejen Ali bagi perhargaan dekat korang (anda berdua) ini,” ujar @Raziqrashids0
“Tak kesah lah nak kata apa. Terima kasih bang sebab sanggup support filem tempatan ‘kaw kaw’!,” kata @njmi_1908. – KOSMO! ONLINE
@4ybdgaming tengok repeat kali ke 6#ejenalithemovie2 #misikitabelumselesai #tgvtaiping #tv3 #aliciakheng #ejenali #bajusatria #waustudio @rengoku san (Sidik love) ♬ bunyi asal – Arif