[VIDEO] Bakar kereta orang sebelum motosikal sendiri turut hangus

2 weeks ago 9
[11:44 am, 24/08/2025] Kosmo Diyanatul Mlk: Bakar kereta orang sebelum motosikal sendiri turut hangus Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA Pix MELAKA - Polis memburu suspek lelaki yang tular membakar dua buah kenderaan sebelum motosikalnya turut terbakar di sebuah rumah Taman Bukit Katil Permai, di sini, semalam. Dalam kejadian pada pukul 1.38 petang itu, perbuatan suspek dirakamkan menerusi rakaman televisyen litar tertutup kediaman berkenaan. Dalam rakaman tular berdurasi 50 saat, suspek dilihat menyimbah cecair mudah bakar yang dibawa di dalam baldi pada dua buah kenderaan sebelum melontarkan bahan api. Api tersebut bagaimanapun dipercayai telah menyambar motosikal suspek menyebabkan dia berlari meninggalkannya kenderaan berkenaan. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher… [11:47 am, 24/08/2025] Kosmo Diyanatul Mlk: TANGKAP layar suspek menyimbah bahan mudah bakar pada kenderaan sebelum membakarnya dalam kejadian di Taman Bukit Katil Permai, Melaka, semalam
  • Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
  • 24 Ogos 2025, 12:04 pm

MELAKA – Polis memburu suspek lelaki yang tular membakar dua buah kenderaan sebelum motosikalnya turut terbakar di sebuah rumah Taman Bukit Katil Permai, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.38 petang itu, perbuatan suspek dirakamkan menerusi rakaman televisyen litar tertutup kediaman berkenaan.

Dalam rakaman tular berdurasi 50 saat, suspek dilihat menyimbah cecair mudah bakar yang dibawa di dalam baldi pada dua buah kenderaan sebelum melontarkan bahan api.

Api tersebut bagaimanapun dipercayai telah menyambar motosikal suspek menyebabkan dia berlari meninggalkannya kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan polis berhubung kejadian diterima pada pukul 2.29 petang dan siasatan di lokasi mendapati tiga buah kenderaan telah terbakar.

“Dua buah kereta jenis Perodua Bezza dan Axia telah terbakar di dalam garaj rumah, manakala sebuah motosikal jenis SYM berada di tengah jalan dalam keadaan hangus.

“Pihak polis sedang mengesan suspek. Setakat ini tiada saksi bebas dikesan semasa kejadian berlaku dan hanya terdapat beberapa CCTV di rumah mangsa,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |