[VIDEO] 5 jam susun semula barang pelanggan MyKasih dari troli

4 hours ago 2

PETALING JAYA – Susulan daripada tindakan orang ramai yang meninggalkan troli berisi barang selepas sistem MyKasih tergendala pada hari pertama tuntutan dibuat semalam, para pekerja terpaksa menghabiskan masa hampir lima jam untuk menyusun semula barangan ke rak asal.

Seorang pekerja pasar raya dikenali sebagai Tasha berkata, sistem tergendala sejak tengah hari menyebabkan ramai pelanggan tidak dapat meneruskan pembayaran menggunakan MyKasih.

“Ada pelanggan yang sudah beratur panjang, tetapi apabila sistem tidak berfungsi, mereka terpaksa tinggalkan troli begitu sahaja. Kami pula perlu pulangkan semula semua barang satu persatu,” katanya di Threads.

Menurutnya, berpuluh troli penuh berisi barangan basah, kering dan keperluan dapur lain yang ditinggalkan di kaunter serta sekitar pasar raya terpaksa diasingkan terlebih dahulu bagi mengelakkan kerosakan sebelum pekerja menyusunnya semula.

Seorang lagi pekerja yang menggunakan akaun TikTok, ZackOne meninggalkan komen memberitahu proses menyusun semula bukanlah kerja mudah kerana membabitkan barangan basah yang cepat rosak.

“Ikan, ayam, sayur semua kena asing dulu. Kalau lambat pulangkan ke tempat sejuk beku, habis rosak. Kami terpaksa buat kerja laju-laju supaya tak menjejaskan kualiti,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pekerja bahagian kaunter, Aina, mengakui mereka berasa tertekan kerana perlu berdepan rungutan pelanggan dalam masa sama menyelesaikan masalah barangan ditinggalkan.

“Kerja jaga kaunter, tapi dengan kami kena ‘sembur’ dengan pelanggan gara-gara sistem MyKasih ‘problem’,” kongsinya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan sistem terminal MyKasih mengalami kelewatan pemprosesan transaksi semalam susulan lonjakan volum pembelian.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, perkara itu berlaku susulan jumlah transaksi yang sangat tinggi sempena hari pertama pelaksanaan bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara). – KOSMO! ONLINE

@sygkusygku55kesian pekerja

♬ original sound – Out4Real

Read Entire Article
Pertanian | | | |