Ugutan video lucah: Najwan buat laporan polis, diugut AS$100,000

3 hours ago 3
Mohd. Najwan ketika sidang akhbar hari ini. FOTO: MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
  • Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
  • 18 September 2025, 8:31 pm

SHAH ALAM – Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi telah membuat laporan polis berhubung ugutan penyebaran video lucah menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) melibatkan beliau.

Mohd. Najwan berkata, laporan itu dibuat beliau kira-kira pukul 4.30 petang tadi di Balai Polis Seksyen 6, di sini, hari ini bagi membolehkan siasatan terhadap kes tersebut dijalankan sewajarnya.

“Saya sebelum ini telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Ahad lalu. Namun, saya diminta MCMC supaya membuat laporan polis agar mereka boleh mulakan siasatan kes tersebut.

“Staf saya yang mengendalikan e-mel rasmi saya telah membuat laporan polis kes sama pada Isnin lalu,” katanya pada pemberita hari ini.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik memaklumkan tiada ugutan susulan diterimanya selepas kali pertama pada Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |