PETALING JAYA – Penyanyi Marsha Milan mendedahkan dirinya berhadapan masalah paru-paru yang serius sehingga menjejaskan kelancaran kerjaya seninya sepanjang tahun lalu.
Disebabkan itu, Marsha, 40, memaklumkan keadaan paru-paru yang lemah sehingga mengambil masa terlalu lama untuk sembuh sekiranya dijangkiti demam atau batuk biasa.
“Saya ada masalah paru-paru lemah. Selepas itu, setiap kali demam atau batuk, saya ambil masa sangat lama untuk pulih.
“Tahun lepas memang sangat menduga. Saya melalui beberapa episod demam dan batuk berpanjangan, paling teruk ketika dijangkiti influenza antara Oktober hingga November lalu.
“Saya ambil masa hampir dua bulan untuk pulih sepenuhnya. Sepanjang tempoh itu, saya bergelut kerana ada kerja tetap yang perlu diteruskan,” katanya kepada Kosmo! Online.
Demi memastikan kelangsungan kerjaya, pelantun lagu Jika Takdir itu terpaksa bergantung kepada ubat jenis steroid bagi memastikan suaranya kekal stabil untuk bekerja.
“Ada sesi rakaman yang terpaksa ditangguhkan. Malah, saya juga terpaksa batalkan undangan persembahan.
“Dalam masa sama, ada juga persembahan yang saya teruskan walaupun sedang bergelut dengan batuk dan demam.
“Tapi hidup perlu diteruskan. Saya buat apa yang perlu seperti ambil suntikan vaksin, berulang-alik jumpa doktor pakar untuk pemeriksaan dan dapatkan nasihat.
“Steroid pun saya ambil walaupun ramai nasihatkan jangan tapi ketika itu saya memang terpaksa,”kongsinya.
Sedar akan risiko yang dihadapi, Marsha kini lebih berdisiplin dalam menjaga kesihatan dan melakukan perubahan besar dalam rutin harian serta pemakanannya.
“Perkara ini memang merisaukan saya. Tahun lalu, berbulan-bulan saya diuji dengan sakit yang berulang kali datang.
“Saya memang kena jaga kesihatan betul-betul. Kalau demam atau batuk, tempoh sembuh sangat panjang.
“Gaya hidup saya pun berubah. Tiada lagi makanan berminyak atau pedas. Saya juga perlu sentiasa merujuk pakar untuk memantau tahap kesihatan paru-paru,” tuturnya. – KOSMO! ONLINE

4 hours ago
4








![[VIDEO] ‘Jangan bawa masuk budaya kejut sahur beramai-ramai’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-03-at-10.59.49-AM.jpeg)






![[VIDEO] Iran hanya sasar markas tentera AS di UAE – Irfan Khairi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-02-at-9.58.02-PM.jpeg)

































