Terlelap ketika memandu, pemandu lori tangki direman tiga hari

20 hours ago 4
Tangkap layar sebuah lori secara tiba-tiba masuk ke lorong kecemasan tanpa memberikan sebarang isyarat.
  • Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
  • 31 Ogos 2025, 1:13 pm

KAJANG – Polis mengesahkan pemandu lori tangki yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 292.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban semalam telah ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, lelaki tempatan berusia 27 tahun itu ditahan di kawasan Kajang tidak lama selepas kejadian.

“Siasatan awal mendapati punca kemalangan dipercayai kerana pemandu lori berkenaan terlelap sebelum kenderaan dipandunya memasuki lorong kecemasan dan merempuh motosikal mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam, mangsa yang merupakan seorang jurutera elektrik berusia 39 tahun maut di lokasi kejadian selepas dirempuh lori terbabit ketika menunggang di lorong kecemasan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |