Teh punca gangguan tidur, tingkatkan denyutan jantung kanak-kanak

18 hours ago 5
Poster yang dikongsi di laman Facebook tersebut.
  • Oleh KOSMO!
  • 6 September 2025, 5:11 pm

PETALING JAYA – Ramai ibu bapa tidak tahu sebenarnya minuman teh mengandungi kafein yang boleh memberi kesan negatif kepada kanak-kanak.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Pusat Maklumat Pemakanan Terengganu, antara kesan negatif termasuklah gangguan tidur.

Selain itu, teh juga boleh meningkatkan peningkatan kadar denyutan jantung dan penyerapan zat besi yang lemah.

“Minuman ini juga tidak menyumbang nutrisi penting untuk tumbesaran mereka.

“Sebaiknya, berikan air kosong, susu atau jus buah segar tanpa gula sebagai pilihan lebih sihat dan sesuai untuk anak-anak,” tulisnya pada hantaran tersebut. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |