‘Tak tahu cerita, memang tak ambil tahu langsung’

16 hours ago 7

PETALING JAYA – Jaga hal sendiri, pelakon Nafiez Zaidi mengakui hanya mendapat tahu berita mengenai perpisahan bekas kekasihnya, Fify Azmi dan Niezam Zaidi melalui laporan media.

Nafiez atau nama sebenarnya Abdul Nafis Abduzaidi, 33, hanya mendoakan yang baik selain enggan komen panjang mengenai perhubungan kedua-dua pelakon berkenaan.

“Ya, memang kami tidak berhubung selepas berpisah. Saya juga dapat tahu perkara tersebut melalui berita yang dilaporkan.

Saya tidak tahu apa cerita sebenarnya kerana memang tak ambil tahu langsung selepas berpisah. Saya hanya doakan yang baik-baik buat mereka.

“Bila dapat tahu, saya tidak mahu komen panjang dan tak nak ambil tahu, biarlah mereka. Mungkin ada masalah dalaman,” katanya kepada Kosmo! Online semasa malam gala filem terbaharu lakonannya Martabat Misi Berdarah, baru-baru ini.

Ditanya mengapa Fify mempromosikan filem Martabat Misi Berdarah dalam Instagram, Nafiez yang tidak tahu perkara tersebut hanya menzahirkan ucapan terima kasih selain anggap sokongan terbabit dilakukan untuk pihak produksi.

Saya tidak tahu dia promosikan filem lakonan saya. Terima kasih banyak-banyak, mungkin sebab dia pernah berlakon dbersama ACT 2 Pictures.

“Dia nak beri sokongan. Saya anggap dia hanya menyokong pihak produksi sahaja,” ujarnya.

Pada masa sama, pelakon filem Ada Hantu itu mengakui masih solo kerana memberi tumpuan kepada kerjaya lakonan dan bisnes.

“Status saya sejujurnya tiada siapa-siapa. Kadang-kadang tak terfikir bukan kecewa tetapi dah lama ‘move on’.

Pernah mencuba (bercinta) tetapi jadi macam sekerat jalan. Sekarang lebih fokus perniagaan dan lakonan,” jelasnya.

Sebelum ini, Nafiez dan Fify memaklumkan perhubungan mereka kepada umum sekitar Disember 2021.

Pada Jun 2022, Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi menerima rombongan merisik keluarga Nafiez di Subang Jaya.

Namun, hubungan mereka mula renggang dan terkandas di tengah jalan apabila mereka tidak lagi bergelar kekasih sejak April 2024. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |