[VIDEO] Balik haji ke met gala ini?

17 hours ago 5

PETALING JAYA – Penampilan luar biasa sekumpulan jemaah haji dari Indonesia selepas pulang menunaikan ibadah haji mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen, terutamanya berkaitan kesesuaian berpakaian selepas menyempurnakan rukun Islam kelima itu.

Menerusi satu klip video yang tular di media sosial perkongsian Andi Arham, kelihatan rombongan jemaah haji tiba di sebuah masjid dan disambut meriah oleh ahli keluarga serta penduduk setempat.

Apa yang menarik perhatian ialah pemakaian segelintir jemaah wanita yang tampil dengan busana menyerupai pakaian pengantin lengkap dengan solekan sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Difahamkan, gaya berpakaian sedemikian merupakan adat tradisi masyarakat Bugis di Indonesia sebagai simbol penghormatan kepada individu yang baru pulang dari menunaikan haji.

Menerusi ruangan komen, tindakan tersebut mengundang kecaman orang ramai yang berpandangan bahawa penampilan jemaah terbabit tidak mencerminkan kesederhanaan dan penghormatan yang sewajarnya selepas menunaikan ibadah suci.

“Rasanya untuk berhias itu tiada masalah biarkan budaya mereka, tapi yang buka aurat rambut itu yang tidak sepatutnya, balik dari haji sepatutnya benda asas dipelihara semudah-mudah perkara,” kata Fiq89.

“Jemaah haji kenapa balik jadi macam pengantin? Mereka pergi haji untuk apa? Alhamdulillah sebab Allah jemput tapi itulah balik-balik haji macam-macam gaya sudah,” komen Kakak Dayana.

“Adat tidak menghalalkan cara sebab Islam mengajar kita untuk menutup aurat dengan sempurna, nabi sendiri pun tinggalkan pesan sekeras-kerasnya pada wanita terutamanya supaya menutup aurat dengan sempurna dan jalani ibadah dengan sempurna,” ujar Huda. -KOSMO! ONLINE

@andi.arham76Selamat Datang Di Jamaah Haji Kloter 2 Dari Kabupaten Pinrang♬ suara asli – miqejaq
Read Entire Article
Pertanian | | | |