‘Semua benda nak ulas, bawalah mengucap dan bertaubat’

2 hours ago 1

PETALING JAYA – Menegur demi kebaikan, penyanyi Indah Ruhaila mengakui naik malu dengan tindakan sesetengah netizen yang terlampau lantang mengulas sesuatu perkara di laman sosial.

Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 38, berkata ada di antara hantaran mahupun komen dibuat tanpa memikirkan kesan sehingga seolah-olah menolak ketentuan Tuhan.

“Malu dan takut tengok Threads dua, tiga hari ini, sibuk kalian membidas takdir yang Allah dah tentukan.

“Semua bendalah nak diulas. Ada sahaja yang tak kena,” tulisnya menerusi platform Threads.

Pada masa sama, penyanyi lagu Percayalah itu turut menitipkan pesanan kepada pengguna media sosial agar lebih berhati-hati dalam penulisan.

“Jaga-jaga bila menulis dan berkata-kata. Bawa-bawalah mengucap dan bertaubat sebelum terlambat,” ujarnya.

Begitupun, penyanyi lagu Percayalah itu tidak memperincikan puncanya berkongsi hantaran berupa peringatan secara umum tersebut.

Menerudi semakan di ruangan komen, netizen mendakwa perkongsian berkenaan merujuk kepada situasi membabitkan rakan baiknya, juga penyanyi dan pelakon, Amira Othman.

Persahabatan Indah dan Amira bermula ketika sama-sama bersaing dalam program realiti Akademi Fantasia musim 10 pada 2013 seiring dengan Hael Husaini serta Nabila Razali.

Amira yang kini bergelar isteri kepada pelakon Fattah Amin pada 14 September lalu menjadi bahan kutukan netizen yang masih tidak boleh menerima hakikat bahawa duda Fazura itu mempunyai pengganti. Ada juha netizen yang seolah-olah tersakiti apabila menuduh Amira gembira dengan kesedihan wanita lain apabila segera ‘menyambar’ duda orang yang baru saja bercerai.

Menyedari perkongsian dibuat turut mengundang rasa tidak puas hati segelintir individu, Indah hanya meminta pihak yang berkenaan agar  bertenang.

“Manusia ini kalau tak suka, semua benda nak bidas. Tenang-tenang saja dan berlapang dada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |