PETALING JAYA – Penyanyi As’ad Motawh mendedahkan dirinya memiliki darah Afrika daripada sebelah keluarga bapanya, sekali gus menjawab persoalan ramai mengenai fizikalnya yang kelihatan gagah dan berbeza.
Ujar As’ad atau nama sebenarnya Asad Ahmad Muhammad Motawh, 25, latar belakang keluarganya di Libya banyak mempengaruhi faktor genetik terutama warna kulit dan struktur tubuh.
“Sebenarnya saya ada keturunan Afrika kerana Libya sebahagian daripada benua itu.
“Atuk dan saudara-mara saya di sana kebanyakannya berkulit gelap. Di kampung, hampir semua sepupu dan pak cik saya tinggi serta berbadan besar.
“Tetapi ayah seorang sahaja agak rendah, mungkin kerana tidak menjaga pemakanan Sepatutnya saya pun mewarisi genetik sama,” katanya dalam TikTok.
Tambah pelantun lagu Percaya itu, gaya hidup keluarga di kampung halamannya jauh berbeza berbanding kebiasaan masyarakat di sini, terutama dari sudut pemakanan.
“Cara keluarga saya di sana menjaga diet memang berbeza.
“Semua sumber makanan datang daripada bahan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran ditanam sendiri.
“Susu pula diperah terus daripada lembu. Mungkin sebab itu kulit mereka cantik dan fizikal pun lebih tegap,” ujarnya.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, malah ramai memuji keunikan latar belakang penyanyi berkenaan.
“Patutlah fizikal dia nampak lain, rupanya ada darah Afrika,” tulis seorang pengguna media sosial.
“Genetik memang beri kelebihan, tapi usaha jaga badan pun penting,” komen seorang lagi.
Sebelum ini, As’ad dilambung pujian kerana penampilan fizikalnya yang tampak sasa dan maskulin, sekali gus menjadi idaman peminat lelaki yang menginginkan badan sama. – KOSMO! ONLINE

4 hours ago
4
![[VIDEO] ‘Jangan bawa masuk budaya kejut sahur beramai-ramai’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-03-at-10.59.49-AM.jpeg)





![[VIDEO] Iran hanya sasar markas tentera AS di UAE – Irfan Khairi](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-02-at-9.58.02-PM.jpeg)












![[VIDEO] Perang AS-Iran: Harga minyak melonjak, barang naik, ringgit jatuh](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-23-at-09.18.00.jpeg)





























