
- Oleh ERMA YUSNIDA JUSOH
- 31 Ogos 2025, 12:37 pm
KUALA TERENGGANU – Lebih 20,000 hadirin memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-68 peringkat Terengganu di Dataran Shahbandar di sini hari ini.
Sebahagian mereka terutama dari utara Terengganu menaiki bot penambang dari Seberang Takir, Kuala Nerus bagi mengelak kesesakan lalu lintas.
Sambutan bermula pukul 8 pagi itu turut diserikan dengan keberangkatan Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dan adinda baginda.
Seramai 3,972 peserta daripada 122 kontinjen dari pelbagai jabatan, agensi, institusi pendidikan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Hadirin turut teruja menyaksikan perarakan kereta keluaran syarikat automobil nasional, Proton dan Perodua daripada generasi pertama hingga terkini serta aset-aset pasukan keselamatan negara termasuk kereta perisai dan pesawat tempur.- KOSMO! ONLINE