Rakyat Malaysia diingatkan jauhi kawasan demonstrasi di Jakarta

20 hours ago 3
Penunjuk perasaan bertempur dengan pegawai polis semasa protes di Jakarta. - AFP
  • Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
  • 31 Ogos 2025, 1:00 pm

PETALING JAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta memaklumkan pihaknya sedang memantau rapi perkembangan susulan beberapa siri demonstrasi yang tercetus di kawasan Senayan sejak 25 Ogos lalu.

Pihak Kedutaan dalam satu kenyataan berkata, demonstrasi berkenaan telah menjejaskan aliran trafik dengan beberapa lokasi di Jakarta Selatan dan Jakarta Pusat ditutup pihak berkuasa.

Sehubungan itu, Kedutaan menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap di Jakarta serta mereka yang berkunjung atas urusan pelancongan, perniagaan dan lain-lain supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui pengumuman pihak berkuasa tempatan serta laporan media.

“Warganegara Malaysia juga dinasihatkan mengelak daripada berada di lokasi demonstrasi serta tidak melibatkan diri dalam sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang tempatan,” kata kenyataan itu.

Bagi sebarang bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi talian +62 81380813036. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |