Perketat syarat aktiviti konvoi elak kemalangan maut

3 weeks ago 12

PETALING JAYA – Syarat aktiviti berkonvoi perlu diperketatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang lebih banyak kemalangan di atas jalan raya.

Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya dan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya, Jamil Manan Supri, berkata, meskipun tiada satu akta khusus, tetapi konvoi motosikal yang menghalang trafik boleh didakwa di bawah Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Sikap penunggang yang menunggang secara seiring, dengan jarak terlalu rapat dan pada kelajuan tinggi yang menyumbang kepada insiden perlanggaran sesama mereka harus diatasi sepenuhnya bagi mengelak lebih banyak kemalangan berlaku.

“Penunggang secara berkumpulan sebaik-baiknya diwajibkan membuat pendaftaran khusus bagi setiap aktiviti berkonvoi secara berkumpulan lengkap dengan khidmat Lead Marshal, sweeper, dan pengiring,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Beliau juga tidak menafikan ada kumpulan bermotosikal mematuhi garis panduan berkonvoi dan insiden perlanggaran kebiasaanya adalah dari kalangan kumpulan penunggang yang membuat perancangan perjalanan sendiri.

Mengulas lanjut mengenai banyak kemalangan membabitkan penunggang motosikal RXZ Members, Jamil berkata mengubah suai motosikal yang secara tidak langsung mempengaruhi peserta untuk membawa secara berbahaya.

Justeru, beliau berkata Jabatan Pengangkutan Jalan perlu mengadakan operasi bagi membantaras pemilik bengkel yang bersekongkol menyedia dan menawarkan khidmat ubahsuai yang menyalahi Akta Pengangkutan Jalan.

“Sikap peserta RXZ Members menunggang secara berbahaya dengan aksi superman pada kelajuan tinggi perlu ditangani secara lebih serius bagi mengelakkan lebih ramai yang terkorban,” katanya.

Sementara itu, Jamil berkata peruntukkan selanjutnya disaran untuk digunakan untuk mengadakan Program Pembangunan Remaja Bermotosikal di seluruh negara.

Jelasnya, program tersebut perlu melibatkan jurulatih penunggang berhemah dan juga dari kalangan pelumba-pelumba motosikal negara supaya golongan penunggang remaja  terlibat dengan aktiviti permotoran yang sihat.

“Selain itu, institusi-institusi pendidikan di Malaysia juga boleh memainkan peranan mereka termasuk majikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |