Menyalakan harapan Malaysia, kisah nyata pelanggan legasi TNB

6 hours ago 3

Bekalan elektrik yang telah dimanfaatkan sejak dahulu lagi bukan sahaja mengubah kehidupan rakyat yang tinggal di bandar tetapi di seluruh pelosok negara tidak mengira bangsa, agama dan taraf hidup.

TNB juga menjadi pengge­rak utama dalam usaha ini bagi me­mastikan segenap lapisan ma­syarakat mendapat manfaat, ma­lah menjadi pemacu kepada pel­bagai aktiviti ekonomi untuk pembangunan negara sekali gus menjadi pemangkin ke arah Ma­laysia mencapai ke tahap kejayaan sekarang.

Rata-rata warga emas yang di­temui di tiga buah negeri menghargai usaha TNB dan mengucapkan terima kasih kerana me­lalui man­faat tersebut, kehidupan me­­reka menyara ke­luarga dan me­­mastikan segala keperluan anak-anaknya membesar dalam si­tuasi yang menyenangkan.

Seorang penduduk Orang Asli Kampung Kundang di sini, Lina Lingau, 50, berkata, elektrik bukan sekadar memberikan cahaya kepada mereka tetapi memberikan sinar dan masa depan kepada masyarakat Orang Asli.

Lina Lingau

Ibu kepada lapan anak itu ber­kata, sebelum elektrik ‘masuk’ ke kawasan kampung itu hampir 20 tahun lalu, mereka hanya mengharapkan unggun api yang di­nyalakan di hadapan rumah untuk me­nerangi keluarga.

“Dulu kami kena masuk hutan pada waktu siang mencari sejenis kayu yang boleh terbakar lama untuk dinyalakan di hadapan rumah bagi menerangi sepanjang malam.

“Sekarang tidak perlu lagi nak masuk hutan untuk cari kayu api, sebab sudah ada elektrik memudahkan urusan harian.

“Mak cik dan anak-anak serta masyarakat Orang Asli di sini me­ngucapkan terima kasih kepada TNB kerana menerangi kami dan memberikan kemudahan kepada kami supaya kami tidak lagi ­ketinggalan,” katanya di sini baru-ba­ru ini.

Katanya, elektrik juga membe­rikan keselesaan kepada mereka untuk melakukan aktiviti harian se­perti membasuh, mengecas te­lefon dan sebagainya.

Malah, apa yang lebih bermakna adalah semua anak-anaknya mu­la bersekolah apabila elektrik mu­la memasuki kampung ber­kenaan seterusnya dapat me­mastikan anak-anaknya dapat ber­saing dengan masyarakat lain.

“Dulu masa tiada elektrik, anak-­anak mak cik memang ti­dak ma­hu ke sekolah, namun se­lepas elektrik masuk mereka sudah mu­la mahu ke sekolah.

Embong Muda

Selain itu, Pesara Guru, Embong Muda yang sudah menjang­kau umur 101 tahun, masih me­ngingati detik permulaan dia dan keluarganya yang menetap di Kampung Sungai Rengas di sini, mula-mula menikmati bekalan te­naga elektrik lebih 50 tahun lalu.

Lelaki warga emas yang ber­gelar pendidik sejak awal tahun 1950-an itu berkata, rumahnya di­lengkapi kemudahan tenaga elek­trik pada tahun 1974 sekali gus menjadi pemangkin kepada ke­majuan perkampungannya.

“Pada peringkat awal, kami hanya menerima bekalan tenaga elektrik selama 12 jam sehari ­ia­itu antara pukul 7 pagi hingga 7 ma­lam.

“Itupun sudah begitu syukur dan seronok kerana sebelum itu ke­­hidupan malam kami hanya di­terangi oleh pelita minyak ta­nah dan lampu gasolin,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Rengas, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Embong berkata, tugasnya untuk mendidik anak bangsa pada mulanya juga turut berdepan banyak kekangan berikutan dua sekolah awalnya di Sungai Rengas di sini dan Bukit Diman, Hulu Terengganu masih belum dilengkapi bekalan tenaga elektrik.

Bapa kepada 11 anak itu ber­kata, beliau mula merasa nik­matnya mengajar dengan sekolah yang dilengkapi tenaga elektrik apabila bertugas di sekolah ketiga di Bukit Besi, Dungun pada tahun 1960-an.

“Pada masa itu, Bukit Besi me­rupakan antara bandar termaju di Terengganu berikutan kepesa­tan industri perlombongan bijih besi. Tidak hairanlah sekolah itu lengkap pelbagai kemudahan yang memudahkan proses pe­nga­jaran saya dan guru-guru lain.

“Waktu itu timbul rasa cemburu dengan harapan agar kampung saya (Kampung Sungai Rengas) juga dapat menerima bekalan api (tenaga elektrik) demi keselesaan isteri dan anak-anak yang tinggal di kawasan tersebut,” katanya.

Embong bersyukur doanya ter­makbul apabila kampung asal­nya turut ‘diterangi’ tenaga elek­trik hasil inisiatif Lem­baga Le­trik Negara (kini Te­naga Nasio­nal Berhad) tidak sampai 10 tahun selepas itu.

Che Su Long

Sehubungan itu, beliau mena­sihati generasi muda agar me­man­­faat kemudahan canggih pa­da masa ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin sempena sam­­­butan Hari Malaysia baru-ba­­ru ini.

“Sekarang bukan sahaja kita se­lesa belajar di sekolah, malah ilmu mudah boleh diperolehi ­ha­­nya di hujung jari berkat tek­no­logi berikutan kemudahan te­naga elektrik,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Padang Gunung, di sini, Che Su Long, 69, masih ingat lagi bagaimana kehidupan keluarganya bergantung kepada pelita gas untuk menerangi rumah pada waktu malam.

“Waktu siang kami tak meng­hadapi masalah sebab ada cahaya matahari tetapi bila malam suasana kampung dan rumah jadi suram kerana tiada lampu.

“Saya, kakak dan dua adik terpaksa menggunakan pelita gas untuk belajar dan tiada aktiviti lain yang boleh dilakukan.

“Biasanya kami tidur awal, se­kitar pukul 9 malam,” katanya yang tinggl bersama ibunya, Piah Kasim, yang sudah berumur 101 tahun, di rumah mereka di kampung tersebut, baru-baru ini.

Kata ibu kepada dua anak itu, pembekalan elektrik bukan sahaja mengubah kehidupan keluarganya, malah seluruh pendu­duk kampung.

“Semua seronok bila dah ada elektrik, benda yang susah jadi mudah. Nak belajar pun lebih se­lesa sebab ada lampu yang te­rang-benderang.

“Orang kampung pula ramai yang mula berniaga. Bila dah ada lampu, mudahlah mereka nak buat kuih untuk jualan.

“Suasana kampung pun berubah jadi lebih ceria,” ujarnya.

Jelasnya, televisyen dan peti sejuk merupakan antara barangan terawal yang dibeli sebaik rumah­nya menerima bekalan elektrik sekitar tahun 1970-an.

“Bila ada televisyen, barulah kami tahu tentang dunia luar, apa yang berlaku. Sebelum itu, kalau nak tahu apa-apa berita kenalah keluar bersembang dan bertanya dengan penduduk.

“Sebelum ada elektrik, susah nak simpan ikan sebab tiada peti sejuk. Kalau beli banyak, kami terpaksa lengat ikan, iaitu dilumur dengan garam dan asam ja­wa sebelum dikukus. Kalau disimpan elok, boleh tahan lima hing­ga enam hari,” katanya.

Katanya lagi, dia bersyukur ke­rana melahirkan anak sulungnya di rumah pada tahun 1974, iaitu ketika kampung itu sudah me­nerima bekalan elektrik.

Tambahnya, betapa besar mak­na bekalan elektrik dalam ke­hidupan, justeru generasi mu­da perlu belajar bersyukur kerana mereka dapat menikmatinya tanpa perlu melalui kesulitan se­perti dahulu.

“Sekarang ini, bila bekalan elektrik terputus sekejap pun sudah tidak boleh duduk. Dengan ada­nya elektrik, semua jadi lapang dan lebih mudah.”

“Mereka juga dapat membaca buku dan membuat kerja seko­lah pada malam hari, tidak risau lagi dimarahi guru semasa di se­kolah.”

“Dengan adanya elektrik jadi anak-anak mak cik juga bersema­ngat untuk ke sekolah dan mak­ cik juga bersemangat setiap ha­ri,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pen­duduk, Norashikin Cheemeng, 21, berkata, dia bersama ibu dan anak-anaknya seme­mang­nya ber­syukur dengan ada­nya elektrik yang dapat memastikan mereka dapat menikmati nikmat pembangunan negara se­perti orang lain.

Katanya, dengan adanya elektrik dia bertekad membesarkan anak-anaknya dan memberikan mereka pendidikan ke peringkat tertinggi agar mereka juga berjaya seperti mana orang lain.

Orang ramai boleh mendapatkan keterangan lanjut menge­nai projek elektrifikasi luar bandar di Semenanjung Malaysia melalui pautan: https://www.tnbes.com.­my/portfolio/elektrifikasi-luar-bandar-di-semenanjung-malaysia/?lang=ms.

Read Entire Article
Pertanian | | | |