Mohammed Rashid (tengah) dipenjara lapan tahun dan dua sebatan kerana melakukan amang seksual terhadap dua budak perempuan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.
- Oleh NURSYASYA NADHIRAH ZABIDI
- 23 Februari 2026, 1:32 pm
KUALA TERENGGANU – Perbuatan serakah seorang warga emas melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di pusat pemindahan sementara (PPS) berbalas apabila dia dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli membuat keputusan itu terhadap Mohammed Rashid Rahmat, 64, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir prosiding kes tersebut.
Mahkamah turut menjatuhkan hukuman dua sebatan selain pengawasan polis selama dua tahun ke atas tertuduh selepas hukuman penjara selesai.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Mohammed Rashid didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun 4 bulan di hadapan koridor bilik Pendidikan Seni dan Visual di sebuah sekolah di Kuala Nerus yang dijadikan PPS.
Tertuduh yang juga penganggur turut didakwa melakukan perbuatan sama terhadap seorang lagi mangsa berusia 7 tahun 5 bulan di hadapan sebuah bilik darjah sekolah sama. Kedua-dua kesalahan itu dilakukan pada pukul 6 petang hingga 8 malam, 22 November 2023.
Kosmo! Online 23 November 2023 melaporkan siasatan awal percaya suspek memperdaya kedua-dua mangsa kononnya untuk mengulangkaji pelajaran sebelum melakukan perbuatan keji tersebut. – KOSMO! ONLINE

16 hours ago
8










![[VIDEO] ‘Tak hormat netizen tak apa, tapi tolong hormat bulan Ramadan kak’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-23-at-5.09.39-PM.jpeg)






































