PETALING JAYA – Sebanyak lima stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 2.46 petang hari ini.
Berdasarkan Berdasarkan paparan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Samarahan, Sarawak mencatatkan bacaan IPU paling tinggi iaitu 158.
Dua lagi kawasan di Sarawak turut berada pada tahap tidak sihat iaitu Sri Aman dengan bacaan 157 dan IPD Serian, 156.
Selain Sarawak, Cheras di Kuala Lumpur merekodkan IPU 152, manakala Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan 145.
Dalam pada itu, sebanyak 59 stesen di seluruh negara masih mencatatkan tahap kualiti udara sederhana dengan bacaan IPU antara 51 hingga 100.
Antara kawasan yang menghampiri paras tidak sihat ialah Shah Alam, Selangor dengan IPU 99, diikuti Sungai Petani, Kedah dan Batu Muda, Kuala Lumpur yang masing-masing merekodkan bacaan 98.
Seberang Perai, Pulau Pinang dan Putrajaya pula masing-masing merekodkan IPU 97, manakala Nilai serta Seremban di Negeri Sembilan masing-masing berada pada bacaan 96.
Beberapa kawasan lain turut merekodkan bacaan sederhana agak tinggi termasuk Tanjung Malim (94), Kuching (91), Seberang Jaya, Tasek Ipoh dan Petaling Jaya masing-masing 89 serta Minden dan Taiping masing-masing 88.
Sementara itu, hanya tiga stesen merekodkan kualiti udara pada tahap baik iaitu Langkawi, Kedah dan Jerantut, Pahang dengan bacaan IPU masing-masing 48 serta Temerloh, Pahang pada 44.
Secara keseluruhan, daripada 68 stesen pemantauan, tiga berada pada tahap baik, 59 sederhana, lima tidak sihat dan satu stesen tidak mempunyai bacaan tersedia.
Tiada stesen merekodkan tahap sangat tidak sihat iaitu IPU antara 201 hingga 300 atau berbahaya yang melebihi 300 setakat waktu tersebut.
Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 diklasifikasikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya. – KOSMO! ONLINE

1 day ago
17

































![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)














