Kambing ‘T20’ dijamu strawberi segar

1 day ago 15
TANGKAP layar menunjukkan kambing berselera menikmati buah strawberi segar. - hardi.prayogi
  • Oleh KOSMO!
  • 27 Ogos 2026, 7:00 pm

JAKARTA –  Sebuah klip video yang tular di Indonesia yang menunjukkan seekor kambing sedang berselera makan buah strawberi segar, lapor halaman berita radar kediri.

Berbanding rumput atau dedaunan yang menjadi makanan kebiasaannya, kambing tersebut sebaliknya dilihat menikmati longgokan strawberi segar yang diletakkan di hadapannya. 

Gelagat comel haiwan itu menarik perhatian ramai netizen di media sosial selepas buah berwarna merah itu dimakan dengan sungguh berselera.

Kejadian unik itu dilaporkan berlaku di Magelang, Jawa Tengah, sebuah kawasan di Indonesia yang sememangnya terkenal dengan tanaman strawberi. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |