Keadaan kenderaan pacuan empat roda yang dipandu mangsa selepas hilang kawalan lalu terbabas di jalan Kuala Pilah - Tampin berdekatan simpang kolej matrikulasi, di sini, awal pagi tadi. -IHSAN POLIS
- Oleh NOR AINNA HAMZAH
- 23 Februari 2026, 10:48 am
KUALA PILAH – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dipandunya hilang kawalan dan terbabas di jalan Kuala Pilah – Tampin berdekatan simpang kolej matrikulasi, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa dari arah Kuala Pilah menghala Taman Bahagia Delima.
“Apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan mangsa telah hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan. Akibat dari kemalangan itu, pemandu berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut
masih diteruskan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

19 hours ago
9










![[VIDEO] ‘Tak hormat netizen tak apa, tapi tolong hormat bulan Ramadan kak’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-23-at-5.09.39-PM.jpeg)






































