Lebih 25,000 orang sambut Hari Kebangsaan di P. Pinang

21 hours ago 4
Lebih 25,000 pengunjung hadir menyambut Hari Kebangsaan 2025 di pekarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini. DANIAL SAAD/KOSMO
  • Oleh SITI NOR MAS ERAH AMRAN
  • 31 Ogos 2025, 12:45 pm

SEBERANG PERAI – Lebih 25,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Pulau yang berlangsung di pekarangan Stadium Negeri Pulau Pinang dekat Batu Kawan di sini, pagi tadi.

Walaupun program hanya dijadualkan bermula pada pukul 7.30 pagi, para pengunjung mula membanjiri pekarangan stadium seawal pukul pagi tadi

Hujan renyai yang turun seketika tidak menjadi penghalang malah, masing-masing tidak berganjak susulan teruja menantikan perbarisan bermula.

Difahamkan, sebanyak 122 kontinjen kawad kaki daripada pelbagai jabatan, agensi negeri dan persekutuan, badan berkanun negeri dan persekutuan,anak syarikat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai acara perbarisan pada kali ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peserta perbarisan seramai 7,533 orang. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |