Kredit Sara dibelanja lebih RM117.1 juta, 1.8 juta rakyat nikmati manfaat

1 week ago 11
Gambar hiasan
  • Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN
  • 4 September 2025, 11:37 am

PUTRAJAYA – Sebanyak RM117.1 juta nilai jualan direkodkan sepanjang hari keempat pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) semalam dengan melibatkan sejumlah 1.8 juta penerima.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, jumlah itu lebih tinggi berbanding angka RM76.8 juta nilai jualan direkodkan oleh 1.1 juta penerima pada hari sebelumnya.

“Kadar transaksi berjaya juga meningkat kepada 99.7 peratus berbanding dengan 95 peratus pada Selasa lalu.

“Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang tiga hari lalu, telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai pada hari ini,” katanya hari ini.

Secara keseluruhan sejak pelaksanaan Penghargaan Sara pada 31 Ogos 2025, lebih 4.8 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan Sara dan Sara dengan jumlah perbelanjaan rakyat mencecah RM312.6 juta di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |