Korea Selatan bantah kain rentang ‘Victory’

18 hours ago 9

SEOUL – Korea Selatan menyampaikan bantahan kepada Russia selepas kedutaan Moscow di Seoul membentangkan kain rentang gergasi mengisytiharkan  ‘Victory will be ours’  atau ‘Kemenangan akan menjadi milik kita’, rujukan jelas kepada ulang tahun perang di Ukraine.

Korea Selatan menentang pencerobohan berskala penuh Moscow ke atas Kyiv dan penyertaan  askar  Korea Utara dalam perang itu.

Kain rentang merah, putih dan biru  dalam bahasa Russia itu mula dikesan hujung minggu dan kekal di tempatnya di kedutaan Russia setakat pagi ini, lapor wartawan AFP.

Kemunculannya bertepatan dengan ulang tahun keempat perang Ukraine  yang jatuh esok.

“Kerajaan Korea Selatan secara konsisten mengekalkan pendirian bahawa pencerobohan Russia ke atas Ukraine adalah menyalahi undang-undang,” 

“Dalam konteks ini, kami telah menyampaikan pendirian kami mengenai paparan kain rentang di dinding luar Kedutaan Russia di Seoul dan kenyataan awam yang dibuat oleh Duta Rusia ke Korea Selatan,” kata kementerian luar Seoul dalam satu kenyataan semalam.

Insiden itu menyusul kenyataan yang dilaporkan bulan ini oleh duta Moscow,  Georgy Zinoviev yang memuji askar Korea Utara kerana berjuang untuk Russia.

“Russia sedia maklum betapa besarnya sumbangan tentera Korea Utara dalam membebaskan wilayah Kursk daripada tentera Ukraine,” kata Zinoviev semasa pertemuan dengan wartawan Korea Selatan, demikian menurut akhbar Chosun Ilbo.

Korea Utara telah menghantar beribu-ribu askarnya berjuang untuk Russia, kata agensi perisikan Korea Selatan dan Barat.

Seoul menganggarkan sekitar 2,000 askar Korea Utara telah terkorban.

Penganalisis-penganalisis berkata,  Korea Utara menerima bantuan kewangan, teknologi ketenteraan, makanan dan bekalan tenaga daripada Russia sebagai balasan. – AFP 

Read Entire Article
Pertanian | | | |